22 June 2013

Hidayah

Hidayah (Arabicهداية‎, Hidāyah) is an Arabic word meaning "guidance". According to Islamic belief, guidance has been provided by Allah to humans primarily in the form of the Qur'an.[1]

Sumber: Wikipedia.
Untuk aku yang beriman dengan hakikat bahawa setiap gerak-geri yang aku zahirkan adalah seharusnya demi mencapai redha Tuhan (konotasi klise di sini, tapi isinya sarat dengan kebenaran), aku percaya Allah sering campakkan petunjuk-petunjuk supaya aku terus beramal dan berkelakuan seperti yang dimahukan Allah. Solat berjemaah dan awal waktu, mengaji, makan baca basmalah, kau fikirlah sendiri.

Sesetengan petunjuk itu jelas terpampang, macam azan dari masjid, atau artikel-artikel romantis islami yang bersepah di internet, atau buku-buku agama yang kita beli agar kita tak terus tersasar dari landasan hidup setelah kita membacanya.

Dan bertepatan dengan zat Allah yang Maha Halus, kadang-kadang petunjuk-petunjuk itu terlalu subtle dan minute, kau perlu luaskan mata kau untuk nampak. Subtle hints orang putih kata. Petunjuk-petunjuk itu bukan saja subtle dan minute, petunjuk juga subjektif. Mungkin seketul pemadam papan hitam hanya sekadar seketul plastik tak bermakna bagi sesetengah orang, tetapi mungkin bagi yang lain ia adalah peringatan tentang kematian.

Hati orang, siapa tahu? 

Mata yang tiba-tiba terpandang al-Quran biru di atas meja, bendera Palestin yang mengingatkan tentang tragedi besar ummah zaman moden, cawan retak dari Paris yang mengingatkan aku pada kota asing itu, yang dihuni ribuan saudara Muslim dari Maghribi dan Algeria, terserempak dengan adik kecil berkopiah putih, atau apa-apa yang mengingatkan aku pada Tuhan dan hari akhirat.

Maka berbahagialah mereka yang akal sihatnya sudah sebati dengan Tuhan.

Di Mesir aku tinggal di Syari' 'Aqal, atau lebih senang disebut oleh orang tempatan sebagai a-al (headscratcher betul kalau nak cakap dekat asto (driver) pasal syari' ni, sebab susah nak sebut). Dari rumah aku ada lapan masjid yang melaungkan azan lima kali sehari dengan purata tiga ke lima minit berjalan kaki untuk sampai. Azan-azan itu umpama Tuhan menjemput aku untuk memberikan gaji bonus lima kali sehari, dari mana-mana pusat edaran yang diiktiraf. 

Cuma tinggal aku saja sama ada mahu atau tidak.

Tapi persoalan yang patut diutarakan adalah: kalau Tuhan sudah menjemput aku untuk memberi bonus, atau Tuhan sudah memberi hints yang tak berapa subtle lagi, kenapa aku tak mahu terima?

18 June 2013

Miracle

Masih di hari-hari akhir tahun lima perubatan Universiti Mansurah.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya OSCE taklah seteruk kertas essay. Sekarang tugas aku adalah utuk berserah dan terus berdoa, dan doanya aku ubah dari hanya mengharap lulus kepada agar Tuhan memberikan aku satu bentuk miracle, agar aku mendapat keputusan yang membanggakan.

Begitulah yang aku doakan tiap-tiap kali selesai peperiksaan akhir sem, sudah sembilan kali begitu. Dan alhamdulillah, walaupun aku belum pernah mendapat lebih tinggi dari sang average joe, sekurang-kurangnya aku belum pernah menduduki paper reseat musim panas,  dan aku belum bercadang untuk mendudukinya buat pertama kali untuk sem ini.

Reaksi pertama bila aku mendapat result ala kadar itu dan melihat kawan-kawan lain mendapat yang lebih tinggi, aku agak kecil hati. Kecil hati sebab aku tidak mendapat sebaik mereka. Buat beberapa jam pertama selepas itu aku lupa yang usaha aku tak setanding mereka, amalku tak sebaik mereka. Aku persoalkan, kenapa Allah tak berikan aku miracle seperti yang aku doakan?

Untuk kali kesepuluh, aku masih berdoa untuk miracle itu. Agar aku juga mendapat sesuatu yang hebat, seperti mereka. Entah, walaupun deep down aku sendiri sedar yang aku tak layak untuk keputusan sebaik mereka, tapi apa salahnya aku berharap.....kan?

Sebenarnya miracle itu telahpun Tuhan kabulkan setiap semester. Dengan usaha yang ala kadar, dengan maksiat yang susah untuk ditinggal, mendapat markah average adalah sesuatu yang miraculous!

Refleksi diri tiap kali apa yang aku mahukan tak dikabulkan, bukan blaming it on Allah being cruel.

Dah sepuluh semester baru sedar, alahai Diri.

p/s: melangkah ke tahun akhir dengan bergaya!
 
 
Copyright © Gurindam Jiwa
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com