31 May 2013

Nakal

Super senpai akhirnya selamat melangsungkan perkahwinannnya. 

Masih teringat bait-bait khayalan sewaktu dia masih di Mesir, tentang perempuan itu dan ini (nakal-nakal anak bujang), gosip-gosip liar beserta 'kenen-kenen' nakal bila perempuan belum halal bagi kami. Lelaki normal mana yang tak mengidam untuk bersama dengan seorang perempuan?

Dan aku juga berimpi nakal seperti kamu-kamu. Berimpikan seorang isteri solehah cantik sempurna akhlaq dan budi, baik aqidah dan hati, cantik pakaian serba-serbi. Bak jenaka nakal seorang kenalan, muka mesti macam Miranda Kerr/ Emilie Clarke (kalau tak kenal tak perlu google, kuatkan iman!) Badan mesti begini dan begini. Diimpikan bidadari, sedangkan aku sendiri masih banyak lompong-lompong yang perlu diisi, dipateri. 

Hari ini aku semakin melangkah kearah itu. Walaupun belum ada 'solid plan', gambaran itu sudah ada, dan bagi lelaki-lelaki yang bercita-cita untuk menjadi lebih dari hanya manusia konsumer tanpa sebarang sumbangan yang memberi kesan kepada persekitaran, kita perlu buka kotak pemikiran dan membayangkan visi itu untuk lima puluh tahun ke hadapan.

Pastinya bukan kesempurnaan si dia yang aku harapkan.

Soalan yang lebih penting adalah aku mahu jadi suami/ayah/kawan/kekasih yang macam mana?

Pengalaman-pengalaman ibarat buku cerita yang tunggu untuk dihurai dan dirumus untuk dijadikan pedoman. Contoh-contoh buruk yang melambak itu dekat, menyebabkan aku takut dengan prospect of marriage, dengan tanggungjawab itu dan ini, bebanan itu dan ini. Dan ia amat menakutkan sekiranya aku gagal melaksanakannya dan aku juga menjadi seperti contoh-contoh buruk itu. Kalau yang susah itu aku tak apa, tapi janganlah yang sengsara itu pada si dia.

Persiapan diri sendiri itu yang lebih vital dan crucial, bukan kesempurnaan orang lain yang kita harapkan.

Persiapan IM agar dapat membentuk BM, dan bergabung dengan BM-BM yang lain membentuk MM, naik dan naik membentuk UA in shaa Allah!

p/s : post nakal. Procrastination is an underrated art
 
 
Copyright © Gurindam Jiwa
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com