06 January 2013

Luas

"Amboi, komen dia. Tak padan umur."

Belum pun masuk clinical year, pandai menghujah menyalahkan orang lain. Sedangkan para asatizah pun cukup berhati-hati berlenggok bahasa dalam mengeluarkan pandangan. Memberi komen, itu normal. Tapi perlu sedar diri itu siapa dulu. Walaupun kau ada tempat untuk menghukum, itu tak bermakna kau layak untuk menghukum. 

Dunia itu luas, dik.

Belajar untuk mengenali tempat kita. Kalau baru talaqqi satu dua kitab, baru belajar ikat serban  sebulan dua, baru tumbuh janggut sehelai dua, fahamlah bahawa ramai lagi yang lebih layak dari kamu. Islam  itu sangat luas, bahkan dalam menghadapi kezaliman pun ada tata tertib yang perlu kita ikuti. Peraturan perang, ada pada agama lain?

Walaupun hujah kau betul. Ya, walaupun kau pada pihak yang benar sekalipun. 

Dakwah kita dakwah berdasarkan hujah dan dalil, bukan logik akal semata. Back to basics, brothers! Kerangka hidup ini jauh lebih luas dari circle of comfort yang ada pada sekeliling kita!

Darah anak muda. Hehs. Bakat, mungkin. semoga istiqamah sehingga sampai di Malaysia. Dan kita doakan 'mereka' lebih berlapang dada dengan jemaah lain.
 
 
Copyright © Gurindam Jiwa
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com