24 November 2012

Tahyul moden

Bayangkan, kiranya untuk score dalam peperiksaan itu hanya perlu sekali imbas saja bacanya, tanpa perlu duduk difahami dan dihadam.

Bayangkan, kiranya untuk mendapatkan badan yang cantik dan sihat itu hanya dengan makan dan tidur tanpa usaha untuk bersukan dan penjagaan kebersihan.

Bayangkan, kiranya kalau mahu kaya itu hanya perlu duduk dirumah melepak tanpa tujuan dari pagi hingga pagi yang satu lagi.

Enaknya hidup, bukan?

Betul, tak ada antara kita yang percaya dengan tahyul seperti di atas. Setiap yang baik itu perlu kepada usaha, dan setiap usaha itu perlu kepada kerahan tenaga dan fikiran.

Dr. Kelso dari Scrubs menyebut,"Nothing in life that's worth having comes easy."

Tapi kau tahu apa yang kelakarnya?

Kita terbayangkan syurga itu hanya dengan beramal ala kadar sahaja. Tiba waktu ibadat, maka aku pun beribadat. Tapi ala kadar saja, jangan lama-lama. Amal tak boleh dipaksa. Hehs, satu lagi tahyul zaman moden. Tapi bahagian melambatkan solat boleh pula lama-lama. "Tak apa, bukannya tak solat," kita kata. Oh, itu baru bahagian solat. Entah berapa banyak lagi maksiat yang kita halalkan, tak apa, tak apa.

Hidup kalau sekali tak apa, kawan. Isunya, lepas kita mati, Allah panggil kita kembali menghadap zat-Nya.

Kau tahu kan cerita ahli ibadat yang kufur beberapa ketika sebelum maut menjemputnya, yang akhirnya diletakkan di neraka oleh Tuhan? 

Nak ditegur, kena lembut. Tak boleh keras-keras, teguran keras bukan cara Nabi. Oh macam tu pula? Manja. Teguran biar seimbang, kadang-kadang perlu berlembut, kadang-kadang perlu disebat juga.  Iman kita meningkat dan merudum, peringatan berkala itu sangat, sangat perlu. Dan berkala bukan ertinya sekali seminggu, atau sekali sebulan. Peringatan perlu setiap hari, jam dan saat. Kalimah insaan, asalnya nasiya, ertinya lupa. Semacam adamantium yang perlu dipanaskan supaya tidak terus mengeras, begitu juga iman perlu kepada cahaya supaya tidak terus menghitam.

Sebab itu kita perlu pada suasana "duduklah bersama kami, mari kita beriman sebentar".

Sedangkan baginda Rasul pun solat taubat setiap malam, sedangkan baginda pun tak pernah tinggal tahajjud, dan baginda adalah makhluk kesayangan Allah. Kita di mana?

Sekularisme, mungkin. Pengajarannya, iman bukan untuk jam-jam tertentu, iman itu sehingga lepas mati pun perlu. Allah sebut, masuklah kedalam Islam secara menyeluruh. Klise bunyinya, dan yang ini juga klise: Islam adalah cara hidup dan budaya kita. Tapi kadang-kadang yang klise itulah yang benar.

Ya Allah, aku yang serba lemah meminta padaMu agar kau peliharalah hatiku supaya sentiasa dekat dengan-Mu.

Mereka suci, kita tidak lagi.
 
 
Copyright © Gurindam Jiwa
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com