09 October 2012

Mediocrity

Loh, dah nak exam rupanya. Kejap je habis satu rotation.

It's already 10th October, exactly four days before the end rotation exam. Baru lebih separuh bulan menjejakkan kaki ke Mansurah sebagai abang senpai tahun 5. Jujurnya entah apa yang aku baca sejak tiga minggu lepas.

A lame-ass picture of different parts of the brain with its specific function, be it cognitive or mechanical.
Honestly, the brain is one hell of a fascinating organ. Berlapis-lapis neurons, cortices, areas, dan tracts yang mengawal badan dari niat kepada memulakan kerja dan bekerja. Sejak empat hari lepas doktor bagi peluang untuk kita diagnose sendiri empat jenis pesakit; ataxia, Parkinson disease, hemiplegia, dan apa entah lagi satu, panjang sangat case sampai tak terikut.

Bila dapat lihat depan mata jenis-jenis jalan (gait) yang berbeza dan bila dapat cuba sendiri menggunakan tukul refleks pada pesakit. Sebelum ni mungkin sudah takjub dengan jantung dan paru-paru, tapi rasanya neurology lebih menarik. Mungkin sebab neurology lebih mekanikal, rupa-rupanya tubuh badan kita ni serupa mesin canggih yang bernyawa dan mampu beriman. 

Okeh, mau consider neurology (selain dari pulmonology dan nephrology) sebagai salah satu pilihan bila nak sambung master nanti. Yay!

Bagaimana sakit yang hanya berbeza kedudukan seinci antara satu sama lain boleh menyebabkan presentasi yang berbeza. Presentasi pula melibatkan pergerakan, mata, hidung, mulut, memori, perasaan, bahasa mahupun personaliti. Betapa halus dan telitinya ciptaan Allah yang membuatkan kita dapat hidup dengan selesa dan begitu fleksibel!

Konklusinya, aku adalah seorang yang kufur nikmat sekiranya :

  1. aku hidup dalam keadaan dormant dan pasif.
  2. aku tak minat bersukan - sama ada bola, futsal, jogging, badminton, gym (lol)
  3. aku tak menjaga pemakanan dengan baik dan membiarkan perut memboroi sebelum kahwin.
  4. aku tak berani mencuba.
  5. aku malas membaca.
  6. aku tak menggunakan tenaga yang ada untuk keluar melihat dunia (lol niat ada, duit tak)
  7. aku malas berfikir.
  8. aku tak excel dalam apa-apa perkara yang aku buat.

So it's all up to me to be better. Step out of mediocrity, be bold Fikri!

03 October 2012

Canadian Niqab




 











Hebat.

Ada lebih seribu rakyat Malaysia di bumi Mansurah, tapi yang berniqab boleh dikira dengan jari. Sedangkan kita di bumi Anbiya', bumi Azhar, tanah Muslim. Apa pun kita tak boleh menghukum membabi buta. Masing-masing ada sebabnya sendiri.

1. Mungkin bumi Mesir terlalu panas.
2. Mesir tak sebahaya Kanada, yang penuh dengan mat-mat saleh yang (maaf) tak berpegangan agama.
3. Hukum berniqab itu sendiri yang berbeza menurut tempat dan hujah.
4. Sedangkan orang Mesir sendiri majoritinya baju ketat, baik yang kurus dan yang, erm. Faham-fahamlah.
5. Persekitaran Mesir yang tak menggalakkan kita untuk keluar rumah, lebih-lebih lagi akhwat.

Masing-masing ada pegangan sendiri. Sama ada pegangan kita tu betul atau tidak, itu terpulang untuk diri sendiri untuk mencabar ego masing-masing. Life is a journey of lessons. Kerana hidayah itu milik Allah. Kita lelaki pun pergi masjid sekali seminggu juga kan? (okay tak semualah)

Apa-apa pun mabruk! Walaupun sebenarnya video ni dah berusia setahun agaknya, 'kekecalan' (kecekalan versi dewi) kawan sekolah lama yang bersuara annoying sangat saya kagumi. Semoga terus tsabat dalam perjuangan. :)
 
 
Copyright © Gurindam Jiwa
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com