26 October 2010

Qiam

Salam.

Aku teringat semasa di tingkatan empat dalam kelas PQS membincangkan tajuk qiam. Macam mana nak buat qiam ye? Kena ke tidur dulu?

Seingat aku Saidina Abu Bakar berpendapat, tak perlu tidur dulu pun tak apa, boleh je qiam. Saidina Umar pulak kata eh mana boleh, kena la tidur dulu. Dua tokoh besar dalam sirah perjuangan Rasulullah, dua orang yang sangat berbeza personaliti mereka.

Saidina Abu Bakar seorang yang lemah lembut, pendekatan beliau lebih kepada memudahkan. Itu apa yang saya nampaklah. Saidina Umar pulak terkenal sebagai seorang yang tegas dan berani. Takde siapa yang berani nak cari gaduh dengan beliau walaupun beliau isytihar diri Muslim time muslim kena tindas teruk kat Mekah.

Masing-masing ada pendapat sendiri, itu normal. 1 billion manusia bermakna 1 billion cara dibesarkan, 1 billion persekitaran yang berbeza-beza.

Pendapat Saidina Umar, memang lagi menyusahkan, lagi melecehkan bagi orang biasa-biasa macam aku, yang jenis burung hantu tidur pukul 2 pagi. Tapi bayangkan kalau aku (dan siapa-siapa juga) dapat istiqamah dalam kesusahan, bermujahadah dari sehari ke sehari, bayangkan bagaimana kuat aku (dan siapa-siapa juga) boleh terbentuk hasil dari kawal nafsu tidur.

Belajar bersusah-susah, macam orang putih kata, kita bagi orang ikan, dia boleh makan ikan sehari je, tapi kalau kita ajar dia memancing, sampai bila-bila dia boleh makan, tak perlu mengharap orang.

Just saying. By the way kelakar do tulis BM. :P

16 October 2010

3 bulan bro. 3 bulan

Salam people.
'Apasal badan naik ni'

'Kau naik berapa kilo?'

'Wey semangat kau sekarang en'

'Bapak ah kau makan apa wey'

'3 bulan bro, 3 bulan'

'Apasal kau macam bulat semacam ni do?'

These are the snide comments we exchange with each other as we meet again between classes after three month long well spent in Malaysia. I'm not complaining though, I'm happy the way I am although I could afford to lose a few kilos. I'm sure as of this time a year ago my head is full with diet regimes and excersize routines and my heart is oh so full with enthusiasm that it hurts even to stay in bed for 15 minutes for a quick nap in the afternoon. Then the feeling will fade away in a few months time and I will be as chubby as ever sigh.

Moving on, as the journey to doctorhood begins again for the third time, it comes to a point where a pragmatic approach to an effective studying method is in dire need. Dua semester dapat result yang equally bad (MM), you really don't want history to repeat itself for the third time in a row. More over as the clinical phase is approaching fast, I need to change.

Hoping that I have no more to depend so much on other people. All I need is a little patience and a lot of discipline, may Allah bless the effort.

By the way. Just finished reading Bajet (RM)2011. Sincerily, baik kerajaan allocate 5billion yang nak buat menara tu untuk tolong students yang tak cukup duit nak byar yuran tiap tahun. As we're looking forward (yes) to be your slaves for two years, you guys might as well try to win our hearts. We're not asking much, just enough to pay the fees would be suffice. Please?

Or whatever. Tak boleh nak voice out lebih-lebih takut kena AUKU. According to the government my job is to study not to have an opinion on things. We are trained to be programmed robots with no free will.

p/s: dalam proses untuk menukar blog kepada blog berbahasa Melayu, because I don't have a thesaurus.

10 October 2010

Tak bertajuk

Sharing is caring, kata orang. Semoga kita peroleh manfaat yeah.
Ketika Rasulullah saw. duduk di masjid bersama orang-orang, tiba-tiba datang tiga orang. Dua orang menghadap kepada Nabi saw. dan seorang (lagi) pergi. Dua orang itu berhenti pada Rasulullah saw., yang seorang duduk di belakang mereka, dan yang ketiga berpaling, pergi. Ketika Rasulullah saw. selesai, beliau bersabda, "Mahukah saya beritakan tentang tiga orang. Yaitu, salah seorang di antara mereka berlindung kepada Allah, maka Allah melindunginya; yang seorang lagi malu, maka Allah malu terhadapnya; dan yang lain lagi berpaling, maka Allah berpaling darinya."
[HR Bukhari]

 Hadis qudsi
“Aku (Allah) adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.”
[HR Bukhari]
 
 
Copyright © Gurindam Jiwa
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com