08 August 2008

Some things are just not meant to be explored

Gaaaaaaah!

Perasaan tak puas hati kepada sesuatu yang masih tak reda-reda sejak semalam. Aku cuba mencari punca, tapi entahlah, tak jumpa2 pun. Perasaan tak puas hati yang menyebabkan segala apa yang boleh dilihat mahu dicucuk-cucuk dengan pisau belati sampai darah memancut-mancut. Termasuklah yang tak ada darah. Ya, aku mahu melihat objek mati memancut darah.

Perasaan pissed-off mengakibatkan aku menilai semua benda dari sudut negatif. Apabila terlihat satu gambar di Friendster, hati mula membuak-buak membenci yang di dalam gambar itu, walaupun aku pasti dia tak ada pun nak buat aku tak puas hati.

Semua benda nak dinilai, nak dicaci, nak dimaki. Adoyai. Kadang-kadang rasa malas nak layan perasaan tak-puas-hati ni, tapi makin cuba tak mahu layan, makin kuat pula perasaan pissed-off ni merebak.

Ah! Bila semua benda dah dinilai dari sudut buruk, takut pula timbul persoalan-persoalan yang tak sepatutnya timbul.

Macam aku pesan semalam, some things are just not meant to be explored.

Sekurang-kurangnya ke'pissed-off'an ini dah kurang sikit dari semalam.

 
 
Copyright © Gurindam Jiwa
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com