27 March 2008

Istimewa untuk Al-Kindi '07


Assalamualaikum warahmatullah,

Selepas keluar keputusan SPM, maka berkuranglah peluang untuk kita berjumpa-jumpa lagi. Kalau dulu kita masih boleh beralasan untuk berkunjung ke KISAS,tapi sekarang nampaknya tak boleh lagi (melainkan top-scorers lah,... nanti dijemput untuk MAK).

Jadi, sedang ku duduk-duduk memikirkan kenangan indah kita bersama (ehem-ehem), ku pon mengingat-ingat kembali keputusan yang kita masing-masing dapat. Seperti yang telah dijangka, Sein telah berjaya menjadi yang terbaik antara kita dengan keputusan straight As. Semoga kau berjaya menjadi seorang doktor gigi pada masa depan...

Keputusan kelas 503

Sein : 12 A
AcapRahim : 11 A
FaizRoshdi : 10 A
Tg Acad : 9 A
Palek : 9 A
AnasMazli : 9 A
Prastanta : 9 A
Tok Siak : 8 A
ArezBahu : 7 A
Sirhan : 7 A
Pa'an : 6 A
Ali : 5 A


Tahniah semua, semoga kita berjumpa lagi mungkin 10 tahun dari sekarang, dengan isteri, anak-anak dan kerjaya yang cemerlang.

20 March 2008

Self Redemption


Assalamualaikum warahmatullah,

Well, there you go. The SPM result had came out. I am gladly to say that I did pretty well, although not excellent. Still, I did not broke my brother's record, but you can't ask too much, seeing that you didn't do much either. I still can survive with my result, though.

What has passed let it be. Nothing I can do about it. It is now the question of what will my life be like at this point onwards? What choice of a career would I be interested in?

An engineer? Maybe.

A mere businessman? Too risky.

A pharmacist? BOOOORING

A doctor? Hmm, it may be. Why not?

So all in all, I have chosen to pursue my education onwards to be a doctor. Simple enough, isn't it?

No, it is not. The idea of being doctor is not something that you can toy with. When you decided to be a doctor, there is no turning back. When you agreed to do medicine, you have literally signed a contract of hell-on-earth. It is not easy to be one. And indeed, it is equally, if not less fun.

So open you eyes world, there's a new doctor in making!

.......
It doesn't sound pleasing, does it?

To be a doctor is a serious business. It is going to be hard, like nothing I have ever faced before. What with five hundred-something pages of detailed explanation about the human foot that I have to memorise, it sure will be one heck of torture for me. Am I good enough to be one?
Do I at least equally qualified? Seriously, I have no clue.

The prospect of being a doctor is very challenging. I have to focus on my studies a LOT more than I did for the last 10 years combined. I have to read, reread and make notes, I have to avoid from being bored, I have to stay up late for nothing but read, read and read. From 8 a.m in the morning, till 6 p.m. at the end of the day, will be filled with with non-stop hardcore reading several books of 200 pages EACH, and I might have to spend the night at the hospital.

Not to mention all the blood, wounds, vomit, and other disgusting stuffs that I have to face each day.

And I have to put myself against all THAT for six years. With limited social life and holidays, and even less loitering around.

But that only covered the life of a Medical student. The REAL hell-on-earth would be the working part. As a qualified doctor. Working as a housemen. I will be challenged to do things waaaay beyond my limits and what I believe before that I could never have done.

It is going to be harsh.Well, according to what mother said anyway.

Although, if one can be truly optimistic, life as a doctor only will be as harsh for around ten years. Still I have not see the faces of the people that I have saved (huhu). It will be like a blessing.
I have seen the lives of my parents and it was wonderful. People will appreciate you, and nothing can top that. Think about what you can do to help people! At the end, I am sure that that I will be glad for what I have done with my life.

It will not going to be easy, but anyway I need to redeem myself for what I have failed to do last time.



17 March 2008

Retorik Melayu

Assalamualaikum warahmatullah,

Aku ni bukanlah seorang pakar politik. Baru sahaja habis SPM. Keputusannya pun taklah sebaik mana. Macam orang kata, boleh hiduplah!

Tapi walaupun aku bukanlah berkelulusan undang-undang, ataupun berminat untuk sambung pelajaran mengambil sains politik, rasanya tak salah kalau aku menyuarakan pendapat. I believe in Freedom of Speech. Aku tak mahu menjadi seorang yang berfikiran jumud yang hanya menjadi lembu dicucuk hidung. Apa yang kerajaan buat, itulah yang terbaik. itu sajalah yang patut dibuat. Maaf, aku bukan barua media ya!

Isu DEB di Pulau Pinang adalah antara isu hangat yang sedang dibualkan di kedai-kedai kopi. Orang-orang Melayu, terutama Melayu UMNO di Pulau Pinang dan Selangor kononnya bangkit membantah tindakan Lim Guan Eng yang membatalkan DEB di Pulau Pinang. Konon. Perhatikan perkataan ini.

Padaku, betapa bodohnya puak-puak UMNO ini. Masih dengan mentaliti kroninya. Masih dengan sifat malasnya. Kenapa tak nak usaha sendiri? Buruknya tabiat sebegini.

Sudah jadi begini, barulah nak bersefahaman dengan PAS. Senang- senang je mereka2 ini. Kononnya nak menjaga hak ketuanan Melayu. Sebelum ini PAS lah yang paling buruk. PAS lah yang bodoh, Segala yang buruk, semuanya sebab PAS. Kalau dulu sibuk mengatakan PAS sesatlah, jumudlah. Betapa jumudnya pemikiran mereka.

Dulu bukan main lagi memperkecilkan dan memperlecehkan kemampuan Tuan Guru yang bergelar Ulama'. Ingin aku memperingatkan kepada mereka yang memandang rendah kepada golongan agama.
Jika UMNO dan PAS nak bersatu, UMNO perlu terima pegangan PAS. Sebabnya mudah, PAS perjuangkan Islam. Kalau ada orang UMNO atau sesiapa sahaja yang pernah nak mendahulukn Ketuanan Melayu daripada Ketuanan Allah, ku minta kamu beristighfar banyak-banyak. Dari sudut aqidah walaupun dari sudut luarnya nampak tak besar, namun kalau diteliti memang sudah terpesong jauh dari Islam.

Kadang-kadang aneh ya, kenapa UMNO tak mahu menerima PAS Nak kata sama
-sama melayu, betul. Nak kata sama-sama Islam, betul juga. Tapi sedap2 je nak menepis dan memperkecilkan kemampuan dan ketinggian ilmu Tuan Guru yang bergelar ulama.

Ingat senang nak jadi ulama? ingat senang nak hafal 30 juzuk? ingat senang nak belajar syariah, tauhid, tasauf dan entah berapa puluh lagi cabang ilmu Islam? Nak belajar bahasa arab lagi. Arab pula nak kena belajar ikut dialek Quraisy, baru boleh nak tafsir sesuatu ayat dengan betul. Nak kena belajar keadaan satu-satu ayat itu diturunkn lagi. Nak kena belajar keadaan pendengar dia lagi.

Tak habis-habis dengan ketuanan Melayu. Hak Melayu. Hak Allah bagaimana? Usahalah sendiri. Melayulah yang paling ramai di pusat serenti. Melayulah yang paling ramai di dalam penjara. Melayulah yang paling ramai menjadi penagih dadah. Paling ramai merempit. Lahirkan anak luar nikah. Kalau ada pameran hantu, kemudian ada edu fair, Melayu ramai di pameran hantu. Orang Cina ramai di edu fair. Memalukan!.

Melayu perlu diperbetul akhlak. Akhlak Melayu-Islam sangat teruk, smpai menjadi fitnah kepada agama Allah.

Jagalah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hak kita. Itu janji Allah. Dan Allah tak berjanji seperti janji Melayu.

16 March 2008

Humble is Divine

Assalamualaikum warahmatullah,

Kita yang baru nak mula buat blog ini, merasakan tiada apa yang serius yang hendak ditulis. Melainkan sedikit analisa diri, agar diri ini menjadi seorang yang lebih baik pada hari-hari akan datang.

Humble. Atau dalam Bahasa Melayu, merendah diri. Nilai yang patut ada pada dalam diri setiap insan. Melalui sifat merendah diri, kita dapat menerima kehadiran orang lain. Dengan merendah diri, kita dapat menerima teguran, memperbaiki kekurangan diri. Hadirnya sifat ini, membolehkan seorang sahabat setia hadir dalam hidup.

Siapa nakkan orang yang bongkak? Si bongkak yang hanya dapat melihat kelebihan diri, keburukan orang lain. Si bongkak yang tak sedar diri, menganggap dirinya dewa.

Sungguh, aku boleh terima apa teguran orang lain pada diri ini. Mulut jahat? Tak apa. Kedekut? Boleh lagi. Gemuk? Hitam? Bodoh? Lembab? Aduhh, memang pedih. Tapi aku masih boleh menerimanya. Mungkin ada benarnya.
Tapi Sombong?? Itu aku tidak boleh terima. Terlampau pahit.

Benarkah aku sombong? Aku tidak boleh menerimanya. Tiada apa yang aku boleh banggakan dengan diri ini. Aku tidak mempunyai otak geliga. Aku tidak berkebolehan dalam sukan. Aku juga tidak mempunyai fizikal yang menarik. Apa yang perlu aku banggakan?
Dan aku tidak pernah sekali-kali berbangga dengan diri yang serba kekurangan ini.

Tidak pernah sekalipun orang memandang tinggi akan kelebihanku. Mengapa? Mungkin aku sahaja yang memandangnya KELEBIHAN. Aku sahaja yang terperasan lebih. Semakin aku meningkat dewasa, semakin aku mengenal dunia. Semakin aku menampakkan kekurangan diri. Tiada apa yang aku perlu banggakan dengan diri ini.

Sekali aku terfikir, betapa sedihnya diriku ini. Bukan sedih perasaan, tetapi keadaanya menyedihkan. Bak kata orang berkulit pucat tompok-tompok di sebelah barat dunia, pathetic. Tiada sebarang kelebihan.

Mungkin ada sebab Allah menjadikan aku sebegini. Setelah aku meningkat dewasa, aku mendapati aku tak boleh diberi kelebihan. Banggaku melebih-lebih. Baru sedikit jawatan yang dipegang, namun bangganya bergunung-gunung. Mengapa aku bersikap begitu? Aku benci menjjadi seperti itu. Aku benci menjadi si bongkak yang tak sedar diri.

Namun, Alhamdulillah, Allah masih menyayangiku. Allah masih mahu menolongku. Allah masih tidak melupakanku, walaupun pada hakikatnya aku sering melupakan-Nya. Aku didampingkan dengan seorang sahabat yang sangat baik dengan diriku. Seorang sahabat yang mempunyai 1001 kelebihan, mempunyai hati yang tulus. Aneh, bagaimana ya dia boleh rapat dengan diriku. Pabila aku sendirian, sering aku memikirkannya. Aku sendiri kalau boleh tak mahu bersama diriku.
Baguslah, moga-moga kehadirannya dapat membantu aku menjadi seorang yang lebih baik. Begitulah sepatutnya seorang sahabat dalam Islam.
Walaupun kadang kala aku terasa hati apabila aku buat plan keluar jalan-jalan dengannya. Tapi tak apalah, better than nothing, anyway. Kelakar pabila aku memikirkannya.

Berbalik kepada pokok sedikit coretan ini, merendah diri itu perlu. Humble is Divine.

Ya Allah, jauhkanlah hatiku dari sifat cela ini, dari dosa pertama yang dilakukan oleh makhluk ciptaan-Mu yang tak sedar diri. Jauhkanlah diriku dari sifat takabbur, riyak , ujub dan sombong.

Sudah pukul 2.30 pagi, katil sudah memanggil-manggil. Haha. Seronok juga menulis ya?
 
 
Copyright © Gurindam Jiwa
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com